01.
CINDAI
Pak Ngah/Hairul Anuar Harun
Cindailah
mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam
unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias
cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah
hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan
Janganlah
jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan
Akar
beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam
lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati
Laman
memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali
02. LAKSAMANA MATI DIBUNUH
Copyright controlled
Sayang
laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk menteri
Sayang laksamana mati dibunuh
Aduhailah sayang
Mati dibunuh datuk menteri
Tuan
umpama minyak yang penuh
Sedikit pun tidak melimpah lagi
Tuan umpama minyak yang penuh
Aduhailah sayang
Sedikit pun tidak melimpah lagi
Sayang
laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk panglima
Sayang laksamana mati dibunuh
Aduhailah sayang
Mati dibunuh datuk panglima
Bukan
tanaman tak mahu tumbuh
Laksamana sayang
Kiranya bumi tak menerima
Bukan
tanaman tak mahu tumbuh
Aduhailah sayang
Kiranya bumi tak menerima
03. JANJI
Ellya Khadam
Mengapa
kau lupakan (2x)
Janji yang kau berikan
Janji yang ku harapkan
Siang ku nantikan
Dan malam aku mimpikan
Mengapa kau lupakan
Oh...oh...
oh sungguh kau tak pandai menimbang rasa
Kerana janjimu diriku tersiksa (2x)
Sungguh
kau tak fikirkan
Betapa ku derita
Mengapa
kau lupakan (2x)
Janji yang kau berikan
Janji yang ku harapkan
Siang ku nantikan
Dan malam aku mimpikan
Mengapa kau lupakan
04. LELA MANJA
Copyright controlled
Mengapalah
nasib
Adikku manja
Apalah nasib
Jadi begini
Menanggung
seksa
Adikku manja
Menanggung seksa setiap hari
Mak
tak ada (2x)
Ayah tak kembali
Adikku manja
Mak tak ada
Ayah takkan kembali
Aduhailah manja azabnya kita
Dibuat mak tiri
Kalaulah
ada adikku manja (2x)
Kalaulah ada emak sejati
Tentulah kita adikku manja
Tentulah kita tak jadi begini
Dimaki
dihamun (2x)
Setiap hari
Adikku manja
Dimaki dihamun setiap hari
Aduhailah manja dibuat seperti hamba abdi
05. KAPARINYO
Copyright controlled
Orang
berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau
sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar (2x)
Belum
tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum
tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang (2x)
Semenjak
lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah
Semenjak
sejarah hawa dan adam
Alam berkembang berubah-ubah (2x)
Hasrat
nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan
Hajat
nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan (2x)
Sungguhlah
harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar
Rindu
dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar (2x)
Sungguh
melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam
Sungguhpun
budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam (2x)
06. ES LILIN
Copyright controlled
Ini
Es Lilin aduh...sudah terpuji
Rasanya manis aduh... sedap sekali
Dibeli orang aduh... di sana sini
Mashyur namanya aduh... serata negeri
Es
Lilin aduh... roti srikaya
Sayang sekali aduh... gulanya kurang
Mahu kahwin aduh... dengan si dia
Apa nasib aduh... disambar orang
Es
Lilin ini aduh... enak rasanya
Sudikah benar tuan.. tuan dan nyonya
Buat bekalan aduh... anak di rumah
Ini Es Lilin aduh... bermacam warna
Es
Lilin aduh... kelapa muda
Hujan datang aduh... angin meniup
Mahu kahwin aduh... duit tak ada
Baik membujang aduh... selama hidup
Es
Lilin aduh... sungguh enaknya
Sayang sedikit aduh... kurang lemaknya
Maksud kahwin aduh... dengan anaknya
Sudah nasib aduh... dapat bapanya
07. DAMAK
Copyright controlled
Sayanglah
damak getah sumpitan sayang
Menyumpit burung di dalam hutan
Ahai damak damak sayang (2x)
Hati
tak dapat melupakan tuan
Sedikit pun tidak hai tuan endahkan (2x)
Anaklah
burung terbangnya malam sayang
Terbangnya hinggap di pohon lalang
Ahai damak damak sayang (2x)
Hatiku
sedih merindulah dendam
Orang ku nanti tak kungjunglah datang
08. JOGET PAHANG
Copyright controlled
Melenggang
hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Dari
Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan (2x)
Kami
ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang
hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Pukullah
gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari (2x)
Sayalah
ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang di sini (2x)
Melenggang
hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Negeri
Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan (2x)
Niat
di hati bang oii...
Nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan (2x)
Melenggang
hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
09. PATAH HATI
Copyright controlled
Patah
hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan (2x)
Kuharap
janjimu(2X)
Bahagia selalu ... sayang
Rupanya patah(2X)
Ditengahlah jalan
Patahlah
hati
Teruslah merajuk
Merajuklah sampai
Merajuk sampai
Ke hutan belukar
Hati
yang panas(2X)
Kembalilah sejuk ... sayang
Burung terbang(2X)
Sangkar balik ke sangkar
10. JOGET BERHIBUR
Rahim Jantan/Siso
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Mengikut rentak gendang
Berjoget dengan riang
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Berjoget dengan girang
Hidup menjadi senang
Daun
senduduk daunlah mengkudu
Asamlah pauh dipetik orang
Jangan diikut hati yang rindu
Orang yang jauh kasih tak kurang
Layanglah
layang terbang melintang
Madu kelapa dalam tempayan
Lagi tak hilang bulan dan bintang
Dia tak lupa kasihkan tuan
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Mengikut rentak gendang
Berjoget dengan riang
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Berjoget dengan girang
Hidup menjadi senang
Pohon
berembang diatas gunung
Tumbuh dibawah pohon meranti
Janganlah hidup berulam jantung
Menunggu dia bersama mati
Sorok
di peti bunga kasturi
Kainlah songket habis berbau
Pujuklah hati bawa menari
Menari joget lagu Melayu
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Mengikut rentak gendang
Berjoget dengan riang
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Berjoget dengan girang
Hidup menjadi senang
Pohon
berembang diatas gunung
Tumbuh dibawah pohon meranti
Janganlah hidup berulam jantung
Menunggu dia bersama mati
Sorok
di peti bunga kasturi
Kainlah songket habis berbau
Pujuklah hati bawa menari
Menari joget lagu Melayu
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Mengikut rentak gendang
Berjoget dengan riang
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Berjoget dengan girang
Hidup menjadi senang
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Mengikut rentak gendang
Berjoget dengan riang
Bertepuk
tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Berjoget dengan girang
Hidup menjadi senang
|